Rabu, 05 Juni 2013

Harimau Bali.

Harimau Bali tergolong dalam kerajaan haiwan dalam filum kordata (bersaraf tunjang), sub-filum vertebrata (bertulang belakang), kelas mamalia (berdarah panas, berbulu dengan kelenjar menyusu), susunan maging (Carnivor), keluarga felidae (kucing), genus panthera, spesies tigris (harimau), sub-spesies Panthera tigris balica.
Harimau dipercayai berasal daripada sejenis haiwan pemangsa zaman purba yang dikenali sebagai Miacids. Miacids hidup pada akhir zaman Cretaceous kira-kira 7065 juta tahun dahulu semasa zaman dinosaur di Asia Barat (Andrew Kitchener, "The Natural History of Wild Cats").  Sulur-galur harimau kemudiannya berkembang di kawasan timur Asia di China dan Siberia sebelum berpecah dua, satunya bergerak ke arah hutan Asia Tengah ke barat dan baratdaya menjadi harimau Caspian. Sebahagian lagi bergerak dari Asia Tengah ke arah kawasan pergunungan barat, dan seterusnya ke Asia tenggara dan kepulauan Indonesia, sebahagiannya ke barat sehingga ke India (Hemmer,1987)
Dalam spesies harimau moden, terdapat lima sub-spesies harimau dalam Genus Panthera yang masih hidup pada masa sekarang dari jumlah asal lapan sub-spesies harimau moden. Tiga sub-spesies harimau yang selebihnya telah pun dianggap pupus secara rasmi.
Harimau Bali pernah menghuni kawasan hutan hujan di kepulauan Bali, Indonesia. Kegiatan pemburuan dan pembukaan tanah oleh manusia telah menyebabkan harimau Bali tidak dapat menghadapi ancaman yang berterusan dan dipercayai pupus. Harimau Bali terakhir dipercayai dibunuh pada 1937. Tidak ada gambar harimau Bali pernah dirakamkan. Kepupusan harimau Bali amatlah menyedihkan dan diharapkan tidak ada sub-spesies harimau lain yang akan pupus sama sepertinya.
Dipercayai makanan utama harimau Bali adalah rusa, kijang, kancil, babi liar, ikan, monyet, landak, dan termasuk semua jenis burung sama seperti harimau Sumatera.
Harimau Bali (Panthera tigris balica) adalah subspesies harimau yang sudah punah yang dapat ditemui di pulau Bali. Harimau ini adalah salah satu dari tiga subspesies harimau di Indonesia bersama dengan harimau Jawa (juga telah punah) dan harimau Sumatera (spesies terancam)
Harimau ini adalah harimau terkecil dari tiga sub-spesies; harimau terakhir ditembak pada tahun 1925, dan sub-species ini dinyatakan punah pada tanggal 27 September 1937. Karena besar pulau yang kecil, hutan yang terbatas, populasi yang tidak pernah lebih besar dan dianggap tidak ada yang selamat hari ini.
Spesies ini punah karena kehilangan habitat dan diburu
Dipertimbangkan punah oleh IUCN sekitar tahun 1970-an, terakhir bukti harimau bali dibunuh di Sumbar Kima, Bali Barat pada tanggal 27 September 1937.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar