Harimau Caspian tergolong dalam kerajaan haiwan dalam filum kordata (bersaraf tunjang), sub-filum vertebrata (bertulang belakang), kelas mamalia (berdarah panas, berbulu dengan kelenjar menyusu), susunan maging (Carnivor), keluarga felidae (kucing), genus panthera, spesies tigris (harimau), sub-spesies Panthera tigris virgata.
Harimau dipercayai berasal daripada sejenis haiwan pemangsa zaman purba yang dikenali sebagai Miacids. Miacids hidup pada akhir zaman Cretaceous kira-kira 7065 juta tahun dahulu semasa zaman dinosaur di Asia Barat (Andrew Kitchener, "The Natural History of Wild Cats"). Sulur-galur harimau kemudiannya berkembang di kawasan timur Asia di China dan Siberia sebelum berpecah dua, satunya bergerak ke arah hutan Asia Tengah ke barat dan baratdaya. Harimau inilah yang menjadi sulur galur kepada harimau Caspian.
Sebahagian lagi harimau bergerak dari Asia Tengah ke arah kawasan pergunungan barat, dan seterusnya ke Asia tenggara dan kepulauan Indonesia, sebahagiannya ke barat sehingga ke India (Hemmer,1987). Dalam spesies harimau modern, terdapat terdapat lima sub-spesies harimau dalam Genus Panthera yang masih hidup pada masa sekarang dari jumlah asal lapan sub-spesies harimau moden. Tiga sub-spesies harimau yang selebihnya telah pun dianggap pupus secara rasmi.
Harimau Caspian pernah menghuni kawasan hutan hujan dan padang rumput Afghanistan, Iran, Turki, Mongolia, dan Asia Tengah Russia. Kegiatan pemburuan dan pembukaan tanah oleh manusia telah menyebabkan harimau Caspian tidak dapat menghadapi ancaman yang berterusan dan dipercayai pupus. Harimau Caspian terakhir dipercayai dibunuh pada 1950. Wilayah sebelumnya: Afganistan, Iran Utara, Turki Selatan, Mongolia Barat dan Rusia. Secara resmi dinyatakan punah oleh IUCN/SSC sekitar tahun 1979. Kemungkinan sebenarnya telah menghilang beberapa tahun sebelum dinyatakan punah.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar