Harimau Siberia / Amur / Ussuri / Tenggara Cina / Manchuria tergolong dalam kerajaan haiwan dalam filum kordata (bersaraf tunjang), sub-filum vertebrata (bertulang belakang), kelas mamalia (berdarah panas, berbulu dengan kelenjar menyusu), susunan maging (Carnivor), keluarga felidae (kucing), genus panthera, spesies tigris (harimau), sub-spesies Panthera tigris altaica.
Harimau dipercayai berasal daripada sejenis haiwan pemangsa zaman purba yang dikenali sebagai Miacids. Miacids hidup pada akhir zaman Cretaceous kira-kira 7065 juta tahun dahulu semasa zaman dinosaur di Asia Barat (Andrew Kitchener, "The Natural History of Wild Cats"). Sulur-galur harimau kemudiannya berkembang di kawasan timur Asia di China dan Siberia sebelum berpecah dua, satunya bergerak ke arah hutan Asia Tengah ke barat dan baratdaya menjadi harimau Caspian. Sebahagian lagi bergerak dari Asia Tengah ke arah kawasan pergunungan barat, dan seterusnya ke Asia tenggara dan kepulauan Indonesia, sebahagiannya ke barat sehingga ke India (Hemmer,1987)
Dalam spesies harimau modern, terdapat lima sub-spesies harimau dalam Genus Panthera yang masih hidup pada masa sekarang dari jumlah asal lapan sub-spesies harimau moden. Tiga sub-spesies harimau yang selebihnya telah pun dianggap pupus secara rasmi.
Harimau Siberia atau Panthera tigris altaica, tinggal dikawasan hutan kon, scrub oak, dan hutan birch di timur Russia. Sebilangan kecil Harimau Siberia terdapat di tenggara Cina dan di utara Korea Utara.
Dianggarkan hanya terdapat 360 hingga 450 ekor harimau sub-spesies Panthera tigris tigris yang masih hidup liar, dan terdapat juga lebih kurang 500 ekor lagi yang dipelihara di dalam zoo di seluruh dunia.
Harimau Siberia mempunyai warna latar kuning bata yang lebih cerah berbanding harimau sub-spesies lain. Ia mempunyai belang perang dan bukannya hitam, dan berjarak jarang. Harimau Siberia mempunyai bulu dada dan perut yang bewarna putih. Selain itu harimau Siberia mempunyai rimbunan bulu putih yang tebal mengelilingi lehernya. Harimau Siberia merupakan harimau terbesar dalam sub-spesies harimau. Harimau Siberia jantan mempunyai panjang purata 3.3 meter (10 kaki 9 inci) dari kepala hingga ke hujung ekor dengan berat purata 300 kilogram (660 paun). Harimau Siberia betina pula berukuran 2.6 meter (8 1/2 kaki) panjang dengan berat 100 hingga 167 kilogram (200 hingga 370 paun).
Harimau Siberia pada kebiasaannya memburu elk, dan babi liar. (Ecology and Conservation of the Siberian Tiger, 1998). Disebabkan mangsa harimau Siberia tidak tersebar secara sekata dan juga sentiasa bergerak mengikut musim, saiz kawasan harimau Siberia memburu agak besar merangkumi kawasan seluas 800-1,000 kilometer persegi (309-390 batu persegi) untuk harimau Siberia jantan sementara harimau Siberia betina memburu dalam kawasan seluas 100-400 kilometer persegi (39-154 batu persegi). (Nowell and Jackson, 1996)
Pencerobohan kawasan yang dihuni oleh harimau Siberia yang disebabkan oleh pembangunan, dan pertanian menyebabkan kewujupan harimau Siberia semakin tertekan. Walaupun harimau dianggap sebagai haiwan yang perkasa dan menjadi lambang kegagahan dan keberanian, kesemua spesies harimau kini berhadapan dengan ancaman untuk terus hidup. Sekiranya tidak ada sesiapa yang bertindak untuk menyelamatkan mereka, harimau Siberia akan tinggal nama sahaja dimasa akan datang.
Russia telahpun menjalankan langkah-langkah pemeliharaan dan pembiakan harimau Siberia. Program pembiakan harimau Siberia merupakan program paling lama dan terbesar bagi dikalangan sub-spesies harimau dan merupakan satu contoh pemeliharaan secara saintifik bagi zo dan akurium seluruh dunia. Dianggarkan terdapat 501 harimau Siberia berasal daripada 83 harimau liar, oleh itu harimau Siberia dianggap mempunyai baka gen terbesar yang paling pelbagai dan populasi yang paling stabil untuk tujuan pengekalan sub-spesies.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar