Harimau Sumatera tergolong dalam kerajaan haiwan dalam filum kordata (bersaraf tunjang), sub-filum vertebrata (bertulang belakang), kelas mamalia (berdarah panas, berbulu dengan kelenjar menyusu), susunan maging (Carnivor), keluarga felidae (kucing), genus panthera, spesies tigris (harimau), sub-spesies Panthera tigris sumatrae.
Harimau dipercayai berasal daripada sejenis haiwan pemangsa zaman purba yang dikenali sebagai Miacids. Miacids hidup pada akhir zaman Cretaceous kira-kira 7065 juta tahun dahulu semasa zaman dinosaur di Asia Barat (Andrew Kitchener, "The Natural History of Wild Cats"). Sulur-galur harimau kemudiannya berkembang di kawasan timur Asia di China dan Siberia sebelum berpecah dua, satunya bergerak ke arah hutan Asia Tengah ke barat dan baratdaya menjadi harimau Caspian. Sebahagian lagi bergerak dari Asia Tengah ke arah kawasan pergunungan barat, dan seterusnya ke Asia tenggara dan kepulauan Indonesia, sebahagiannya ke barat sehingga ke India (Hemmer,1987)
Harimau Sumatera dipercayai terasing apabila paras laut meningkat pada 6,000 dan 12,000 tahun dahulu. Penyelidikan yang terbaru mendakwa bahawa terdapat ciriciri harimau Sumatera yang berbeza dengan harimau tanah besar, sehingga harimau Sumatera layak dikenali sebagai spesies baru dan bukannya sekadar salah satu subspesies harimau. Harimau lain di tanah besar dipercayai bergerak bebas pada masa dahulu, memudahkan mereka membiak sesama sendiri. Hanya pada masa kini, kegiatan
manusia
|
menghalang
|
pergerakkan
|
mereka
|
secara
|
bebas.
|
Penemuan
|
ini
|
juga
| ||||
memudahkan
|
barangan
|
yang
|
diperbuat
|
daripada
|
anggota
|
harimau
|
Sumatera
| |||||
dikenalpasti untu tujuan pelindungan harimau Sumatera.
Harimau Sumatera atau Panthera tigris sumatrae, hanya terdapat kepulauan Sumatera. Harimau Sumatera menghuni di hutan tanah rendah, hutan bergunung dan separuh bergunung, dan di hutan paya gambut di kepulauan Sumatera.
Dianggarkan hanya terdapat 400 hingga 500 ekor harimau sub spesies Panthera tigris sumatrae yang masih hidup liar di dalam lima taman negara Indonesia di pulau Sumatera, dan terdapat juga lebih kurang 250 ekor lagi yang dipelihara di dalam zoo seluruh dunia.
Harimau Sumatera mempunyai warna paling gelap antara semua sub-spesies harimau. Jalur hitamnya lebar dan dekat-dekat dan kadang kala berganda. Harimau Sumatera berbeza dengan harimau Siberian oleh kaki hadapan yang berbelang. Harimau Sumatera merupakan harimau terkecil dalam sub-spesies harimau. Harimau Sumatera jantan mempunyai panjang purata 2.4 meter (8 kaki) dari kepala hingga ke hujung ekor dengan berat purata 120 kilogram (264 paun) dengan ketinggian 90 sentimeter. Harimau Sumatera betina pula berukuran 2.2 meter (7 kaki) panjang dengan berat 900 (198 paun).
Tempoh bunting harimau Sumatera adalah di antara 102 sehingga 112 hari. Jumlah anak yang dilahirkan antara 1 hingga 6 ekor, tetapi kebiasaannya hanya 2 ekor yang hidup sehingga dewasa. Anak harimau biasanya menyusu selama 2 bulan pertama dan akan ditinggalkan ketika ibunya memburu. Anak harimau terancam oleh haiwan pemangsa termasuk harimau lain ketika mereka ditinggalkan semasa ibu harimau keluar memburu. Oleh itu ibu harimau kerap memindahkan anak-anaknya ketempat yang lebih selamat. Anak harimau akan mengikuti ibunya memburu ketika berusia dua bulan, dan berhenti menyusu apabila berusia enam bulan. Anak harimau bergantung kepada ibunya sehingga berusia 18 bulan.
Harimau Sumatera pada kebiasaannya memburu rusa, kijang, kancil, babi liar, ikan, monyet, landak, dan termasuk semua jenis burung. Harimau Sumatera juga mampu berenang dan memanjat pokok ketika memburu mangsa. Kawasan perburuan harimau Sumatera tidak diketahui dengan tepat, tetapi dianggarkan bahawa 4-5 harimau Sumatera dewasa memerlukan kawasan seluas 100 kilometer (39 batu) persegi di kawasan tanah rendah dengan jumlah haiwan buruan optima (tidak diburu oleh manusia). Bagi kawasan berbukit-bukau dan bergunung ganang, kawasan yang lebih luas diperlukan disebabkan jumlah haiwan perburuan yang kurang bagi jumlah kawasan yang sama luas. Pencerobohan kawasan yang dihuni oleh harimau Sumatera yang disebabkan oleh pembangunan, dan pertanian menyebabkan kewujupan harimau Sumatera semakin tertekan.Walaupun harimau dianggap sebagai haiwan yang perkasa dan menjadi lambang kegagahan dan keberanian, kesemua spesies harimau kini berhadapan dengan ancaman untuk terus hidup. Sekiranya tidak ada sesiapa yang bertindak untuk menyelamatkan mereka, harimau Sumatera akan tinggal nama sahaja dimasa akan datang.
Pihak berkuasa Indonesia telahpun mengorak langkah untuk mengekalkan subspesies harimau Sumatera dan Persatuan Taman Zoologi Indonesia (PKBSI) telah berganding bahu dengan Strategi Pengekalan Harimau Sejagat selama tiga tahun untuk mendirikan program pengekalan sub-spesies harimau Sumatera Daripada populasi awal 37 ekor harimau Sumatera liar yang ditangkap terdapat 65 harimau Sumatera di zoo Indonesia, 55 di zoo Amerika , 100 di Zoo eropah, dan 12 di zoo Australia.
Pelan Induk Harimau Sumatera Indonesia berpotensi untuk meneruskan pengekalan harimau Sumatera dengan mengekalkan kepelbagaian gen untuk membantu populasi harimau Sumatera liar dan di zoo membiak. Program ini menjadi contoh ikutan untuk program pengekalan harimau lain di Asia Tenggara.
Dipertimbangkan IUCN sekitar 400 – 500 ekor yang mendiami di beberapa wilayah perlindungan di Sumatera. Populasi terbesar diperkirakan terdapat di Taman Nasional Gunung Leuser yaitu 110 ekor, dan terdapat sekitar 100 ekor yang secara terisolasi mendiami lokasi-lokasi di luar kawasan konservasi. Perburuan liar dan kecilnya populasi merupakan ancaman terbesar. Dilindungi CITES Apendix I, tahun 1979; Wildlife Protection Regulation, 1931 |
Tidak ada komentar:
Posting Komentar