Sebahagian daripada
kandungan berita berjudul "Some MPs voice concern over possible
loopholes" di akhbar tempatan, The Star, didapati amat menarik. Berita
mengenai rang Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) (Pindaan) yang
dibahaskan di Dewan Rakyat pada hari Isnin 26 September 2005. Beberapa orang
ahli Parlimen telah dilaporkan berucap dan sebahagian daripada ucapan seorang
daripadanya adalah seperti berikut:
Demikian bunyi terjemahan kepada isi kandungan keratan akhbar bahasa
Inggeris tersebut. Demikian juga bunyinya ucapan seorang penggubal
undang-undang beragama Islam, mengenai Islam, di Parlimen, yang dianggotai oleh
wakil-wakil rakyat daripada pelbagai kaum dan agama di negara kita.
Mungkin antara mereka tertanya-tanya di dalam hati setelah mendengar
huraian mengenai cinta, perkahwinan dan Islam. Benarkah tiada cinta dalam
perkahwinan Islam, tetapi hanya untuk melahirkan anak, dan kebahagiaan keluarga
semata-mata?
Perasaan cinta dan pengasihan adalah kurniaan Allah yang sangat manis
kepada manusia. Perasaan tersebut menjadi teras dalam perkahwinan, dalam
mengambil antara satu sama lain, lelaki dan perempuan, sebagai teman-teman
hidup, atau pasangan. Firman
Allah,
"Dan daripada
ayat-ayat-Nya ialah bahawa Dia menciptakan untuk kamu, daripada diri-diri kamu
sendiri, teman-teman hidup, supaya kamu berehat pada mereka, dan Dia
mengadakan antara kamu, cinta dan pengasihan. Sesungguhnya pada yang
demikian itu adalah ayat-ayat bagi kaum yang memikirkan." (30:21)
Perasaan itu juga halal
dialami terhadap perempuan-perempuan yang baru mengalami kematian suami-suami
mereka. Adalah tidak bersalah untuk mengingat-ingati mereka (kerana cinta)
tetapi kaum lelaki dilarang untuk memutuskan ikatan perkahwinan dengan mereka
sehingga tempohnya sampai. Allah menjelaskan dengan lebih lanjut:
"Tidak ada
kesalahan ke atas kamu mengenai lamaran kepada perempuan-perempuan (yang kematian
suami - 2:234)
yang kamu menawari, atau menyembunyikan di dalam diri kamu. Allah mengetahui
bahawa kamu akan mengingat-ingati mereka, tetapi janganlah berjanji
dengan mereka secara rahsia tanpa kamu mengucapkan perkataan yang baik, dan
jangan kamu memutuskan untuk ikatan perkahwinan sehingga kitab
(kepastian) sampai tempohnya;" (2:235)
Sebaliknya pula,
orang-orang yang tidak mempunyai perasaan kasih sayang adalah mereka yang tidak
percaya (kepada ayat-ayat-Nya lantas kepada-Nya jua) dan tidak membuat
kerja-kerja kebaikan. Kepada mereka perasaan tersebut
tidak diletakkan-Nya ke dalam hati mereka. Demikian difahamkan daripada sebuah Firman
berbunyi,
"Sesungguhnya
orang-orang yang percaya, dan membuat kerja-kerja kebaikan, kepada mereka Yang
Pemurah akan meletakkan rasa kasih sayang." (19:96)
Maka perasaan cinta dan kasih sayang harus wujud dalam perkahwinan Islam.
Perasaan tersebut tidak meminjam daripada budaya Barat tetapi hanya suatu
pemberian daripada Tuhan Yang Pemurah.
Tidak, perkahwinan dalam agama Allah (yang menuruti Kitab al-Qur'an) adalah
bukan semata-mata untuk mengadakan anak-anak atau kebahagiaan famili sahaja. Ia
adalah juga untuk memberi kesejahteraan kepada anak-anak yatim dan apa yang tangan-tangan kanan memiliki. Dua ayat berikut menjelaskan:
"Jika kamu takut bahawa kamu tidak akan berlaku adil terhadap anak-anak
yatim, maka kahwinilah perempuan-perempuan yang nampak baik bagi kamu, dua,
dan tiga, dan empat; tetapi jika kamu takut bahawa kamu tidak akan berlaku
adil, maka satu sahaja, atau apa yang tangan-tangan kanan kamu memiliki;
maka ia lebih dekat bagi kamu untuk tidak membuat aniaya." (4:3)
"Mereka meminta satu keputusan kepada kamu mengenai perempuan.
Katakanlah, 'Allah memutuskan kepada kamu mengenai mereka, dan apa yang
dibacakan kepada kamu di dalam Kitab mengenai anak-anak yatim perempuan, yang
kepadanya kamu tidak memberikan apa yang dituliskan (ditetapkan) untuk mereka,
tetapi kamu ingin mengahwini mereka, dan kanak-kanak yang ditindaskan,
dan supaya kamu menegakkan keadilan untuk anak-anak yatim. Apa sahaja
kebaikan yang kamu buat, maka sesungguhnya Allah mengetahuinya.'" (4:127)
Bukan sahaja untuk
kesejahteraan anak-anak yatim dan yang tangan-tangan kanan memiliki, malah,
untuk memberi kesejahteraan kepada perempuan-perempuan yang bersuami juga boleh
menjadi sebab untuk berkahwin, contoh, mereka yang mukmin yang lari daripada
suami-suami mereka yang tidak percaya (kafir). Namun, Allah mengenakan satu
syarat, iaitu membayar balik kepada suami mereka apa yang telah dibelanjakan ke
atas mereka. Firman Tuhan,
"Wahai
orang-orang yang percaya, apabila wanita-wanita mukmin datang kepada
kamu sebagai penghijrah, ujilah mereka. Allah sangat mengetahui keimanan
mereka. Kemudian, jika kamu mengetahui bahawa mereka adalah wanita-wanita
mukmin, janganlah kembalikan mereka kepada orang-orang yang tidak percaya (suami
mereka). Mereka adalah tidak halal bagi orang-orang yang tidak percaya, dan
tidak juga orang-orang yang tidak percaya halal bagi mereka. Berilah
orang-orang yang tidak percaya apa yang mereka telah menafkahkan
(membelanjakan); dan tiada kesalahan ke atas kamu untuk mengahwini
mereka, apabila kamu memberi mereka upah mereka." (60:10)
Satu lagi bukti yang
menolak dakwaan bahawa perkahwinan dalam Islam adalah hanya untuk melahirkan
anak terdapat di dalam al-Qur'an. Di dalamnya tersurat
sebuah ayat mengenai isteri yang mandul atas kehendak-Nya. Ayat tersebut
berbunyi,
"Atau Dia
menjodohkan mereka, lelaki dan perempuan; dan Dia membuat siapa yang Dia
mengkehendaki mandul. Sesungguhnya Dia Mengetahui, Berkuasa." (42:50)
Akhir sekali,
menyentuh mengenai perkahwinan Nabi pula. Daripada senarai perempuan-perempuan
yang dihalalkan untuk baginda dapat difahamkan bahawa perkahwinan baginda
adalah bukan untuk mendapatkan anak dan kebahagiaan keluarga sahaja. Masyarakat
Islam mengetahui bahawa Nabi mempunyai empat isteri (ada yang kata lebih
daripada itu) tetapi menghasilkan seorang sahaja anak yang hidup hingga
dewasa.
Senarai yang dimaksudkan dicatat di dalam ayat al-Qur'an di bawah:
"Wahai Nabi, Kami telah menghalalkan untuk kamu
·
isteri-isteri
kamu yang kamu telah memberikan upah mereka,
·
dan apa yang tangan
kanan kamu memiliki, daripada rampasan perang yang Allah memberikan kamu,
·
dan anak-anak perempuan
bapa-bapa saudara kamu sebelah bapa kamu dan emak-emak saudara sebelah bapa,
bapa-bapa saudara kamu sebelah ibu dan emak-emak saudara sebelah ibu, yang
berhijrah bersama kamu,
·
dan mana-mana perempuan
yang mukmin, jika dia menyerahkan dirinya kepada Nabi dan jika Nabi menghendaki
untuk mengahwininya, yang untuk kamu khasnya, bukan untuk orang-orang mukmin
yang lain" (33:50)
Kemudian Allah
menjelaskan lagi:
"Sesudah itu,
perempuan-perempuan tidak dihalalkan untuk kamu, dan tidak juga kamu boleh
menukar isteri-isteri kamu dengan mereka, walaupun kecantikan mereka
menarik hati kamu, kecuali apa yang tangan kanan kamu memiliki; Allah
menjagai atas segala sesuatu." (33:52)
Seperti yang dapat
dilihat, kecantikan pada perempuan turut menjadi penyebab untuk mendirikan
rumah tangga dengannya. Tidakkah agama Allah itu indah dan bahagia?
Maka apa yang
dikatakan oleh Yang Berhormat tadi - "perkahwinan menurut Islam adalah
untuk melahirkan anak dan memastikan kebahagiaan institusi keluarga" -
adalah tidak kena.
Lantaran itu, kami mencadangkan, kalau kami
boleh buat cadangan, supaya tiap-tiap wakil rakyat (termasuk yang bukan Islam jika
mereka mahu), selaku penggubal undang-undang negara, haruslah membaca Kitab
Allah, al-Qur'an, sebelum mereka dicalonkan, demi untuk memelihara kesucian
agama-Nya, serta menghapuskan gambaran negatif terhadap Islam, misalnya, Islam
adalah sebuah agama yang tiada nilai cinta dan kasih sayang.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar