Oleh Hafiz Firdaus
Assalamualaikum
waRahmatullah
Berikut adalah ulasan dan jawapan saya kepada hujah-hujah yang
dikemukakan oleh Kori Ariff dalam usaha beliau untuk mendefinasikan semula
apakah itu aurat wanita.
Hujah asal Kori boleh dibaca di akhir posting ini.
Sememangnya kebelakangan ini biasa ditemui dalam beberapa pihak
yang ingin menafsirkan semula apakah itu aurat wanita. Mereka berhujah
berdasarkan dalil dan pendapat ulama’ , akan tetapi sayang sekali di sebalik
itu terdapat banyak penyelewengan dan pendustaan. Hendaklah kita sama-sama
waspada ke atas golongan ini.
|
==============================
Kori:
Orang awam biasanya mengambil `hukum' aurat dalam surah An-Nur
ayat 30 dan 31 yang ertinya kurang lebih meminta mukminah memakai jilbab.
Iman Alalamah Rashid Ridha, murid pintar Muhamad Abduh, menjelaskan bahawa
ayat ini bukan berbentuk hukum, tetapi sekadar kenyataan umum. Sama seperti
ayat-ayat lain seperti iqra' adakah hukum wajib setiap muslim membaca?.
(Rujuk: Nidaa' lil Jinsillatif oleh Rasyid Ridha).
Ulas HF:
Ayat yang dimaksudkan ialah firman Allah: Dan katakanlah kepada
perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada
memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka
memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan
hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka.
[Maksud surah al-Nur 24:31]
Petunjuk hukum yang terkandung di dalam ayat di atas adalah
kewajipan bagi perempuan beriman untuk menutup aurat mereka. Hukum “wajib”
ini adalah sesuatu yang disepakati oleh semua ahli fiqh dahulu dan sekarang.
Kesepakatan ini adalah terlalu masyhur sehingga tak perlu saya menyebut
sumbernya.
Adapun manhaj penafsiran Rashid Ridha, seandainya ia benar, maka
ia tertolak kerana kaedah usul fiqh menyatakan setiap ayat perintah di dalam
al-Qur’an hukum asalnya adalah wajib melainkan wujud petunjuk lain yang
mengarah kepada hukum yang lain. Maka ayat 31 surah al-Nur di atas bersifat
memerintah, maka hukum asalnya adalah wajib dan bukannya sunat atau sekadar
anjuran.
Jika hendak diamalkan manhaj penafsiran Rashi Ridha tersebut,
maka apakah tafsiran beliau ke atas firman Allah:
Katakanlah: "(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa (satu);
Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat; Ia
tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan; Dan tidak ada sesiapapun yang
serupa denganNya". [Maksud al-Ikhlas 112:1-4]
Adakah dengan ini bererti ayat di atas juga adalah satu
kenyataan umum yang tidak memiliki hukum wajib sehingga bererti tidak wajib
untuk orang Islam beriman kepada Allah sebagai tuhan yang Satu ? Dan jika ada
orang lain dan agama lain yang beriman kepada kepelbagai Tuhan dan
beranak-pinak, mereka juga dianggap benar dan sama-sama beriman ? Pasti tidak
dan pasti sahaja orang yang benar-benar pintar tidak akan berkata sedemikian.
Seterusnya dikatakan: “Sama seperti ayat-ayat lain seperti iqra'
adakah hukum wajib setiap muslim membaca ?”
Jawab: Ayat Iqra’ adalah petunjuk kepada kewajipan menuntut ilmu
dan ini diperkuat oleh hadis Nabi s.a.w.: Menuntut ilmu adalah fardhu bagi
setiap muslimin [Hadis mutawatir berdarjat sahih sebagaimana dalam Sahih
Jami’ al-Sagheir] Kaedah usul fiqh menyatakan jika sesuatu perkara itu adalah
wajib maka wajiblah juga segala jalan-jalan yang mengarah kepada perkara
tersebut. Membaca termasuk jalan menuntut ilmu maka ia adalah wajib juga.
Justeru ayat Iqra’ tersebut memang memiliki nilai wajib, sama ada daripada
dilalah lafaz atau petunjuk (qarinah) al-Sunnah.
=====================
Kori:
Ibnu Al-Arabi dalam Futuhat Makkiah, Jilid 1, muka surat 521
membahaskan menegani aurat lelaki dan perempuan. Dalam batas aurat wanita,
beliau berkata:
"Sebahagian ulama menyatakan keseluruhan tubuh perempuan
aurat kecuali muka dan dua tapak tangan.
"
Ulas HF:
Pengarang asal kitab Futuhat Makkiah ialah Ibn Arabi dan bukan
Ibn al-Arabi. Ibn Arabi ialah sang Sufi yang berkata Aku adalah Tuhan dan
Tuhan adalah aku.
Ini jauh berbeza dengan al-Imam Ibn al-Arabi di mana beliau
ialah seorang ahli hadis, ahli fiqh dan ahli tafsir yang terkenal bagi Mazhab
Maliki. Perlu dibezakan tambahan alif lam bagi nama Arabi.
Sang Sufi Ibn Arabi bukanlah seorang mujtahid mahupun ahli fiqh,
justeru apa-apa pendapatnya tidak boleh dijadikan sandaran hukum yang
muktamad.
=========================
Kori:
Imam Ibni Rushdi dalam Bidayatul Majtahid, Jilid 1, muka
Ulas HF:
Nukilan di atas mengandungi beberapa penyelewengan ke atas Imam
Ibn Rusyd rahimahullah (595H) dan Mazhab Maliki. Justeru saya akan cerita
panjang sedikit.
Pertama:
Kori telah menterjemah perkataan “Sunan” di dalam teks Arab
kitab Bidayah al-Mujtahid sebagai “Sunat” padahal yang benar perkataan
“Sunan” tersebut adalah satu istilah yang perlu difaham mengikut standard
Mazhab Maliki.
Seolah-olah Kori ingin mengambil kesempatan mudah daripada hukum
“Sunat” ini bagi menyatakan nak tutup aurat silakan, tak mahu tutup tak apa
kerana ia hanya sunat hukumnya.
Berikut ialah terjemahan saya terhadap kata-kata Ibn Rusyd,
rujukan saya ialah Bidayah al-Mujtahid (Dar al-Fikr,
Bersepakat para ilmuan bahawa menutup aurat adalah fardhu secara
mutlak. Dan mereka berbeza pendapat sama ada ia adalah salah satu syarat
daripada syarat-syarat sah solat atau tidak. Dan demikian juga mereka berbeza
pendapat tentang batas aurat bagi seorang lelaki dan wanita.
Dan yang zahir di dalam Mazhab Maliki bahawa ia adalah daripada
Sunan Solat manakala Abu Hanifah dan al-Syafie berpendapat bahawa ia adalah
daripada kefardhuan solat.
Sekian perenggan pertama kata-kata Ibn Rusyd.
Soalnya, apakah yang dimaksudkan dengan Sunan ?
Al-Baji rahimahullah (474H) di dalam kitabnya al-Muntaqa Syarh
al-Muwattha’ (Dar al-Kitab al-Islami,
Maka adapun berkenaan pakaian (solat) maka sesungguhnya baginya
terdapat dua jumlah, jumlah yang fardhu dan jumlah yang utama. Maka adapun
yang fardhu bagi seorang lelaki maka ia adalah apa yang menutupi aurat dan
tidak wujud perbezaan pendapat tentang kefardhuannya.
Akan tetapi para sahabat kami berbeza pendapat tentang tafsir
yang sedemikian. Berkata al-Qadhi Abu al-Faraj, ia adalah salah satu fardhu
daripada kefardhuan solat dan ini adalah juga pendapat Abu Hanifah dan
al-Shafie.
Dan berkata al-Qadhi Abi Ishaq sesungguhnya ia adalah daripada
Sunan Solat, dan ini adalah juga merupakan pendapat Ibn Bukair dan al-Syaikh
Abu Bakr.
Adapun faedah perbezaan pendapat ini, bahawasanya jika kami
berkata sesungguhnya ia adalah daripada kefardhuan solat maka solat akan
batal dengan ketiadaan penutup aurat manakala jika kami berkata ia bukanlah
daripada kefardhuan solat (ertinya ia adalah Sunan) maka berdosa orang yang
meninggalkan penutup aurat akan tetapi tidaklah batal solatnya.
Sekian al-Baji.
Ringkasnya terdapat dua pendapat di kalangan ahli fiqh Mazhab
Maliki tentang hukum menutup aurat dan kaitannya dengan syarat sah solat.
Yang pertama berkata ia adalah Fardhu, sesiapa yang tidak menutup aurat maka
batal solatnya. Yang kedua berkata ia adalah Sunan, sesiapa yang tidak
menutup aurat maka tidaklah batal solatnya tetapi dia berdosa besar.
Ini jauh berbeza dengan istilah Sunat yang sedia kita fahami,
bahawa jika buat dapat pahala, tak buat tak dosa. Ertinya, menutup aurat
dalam solat dapat pahala manakala tak tutup aurat tak dapat apa-apa dosa.
Padahal yang dibahas dalam Mazhab Maliki dengan istilah Sunan ialah sah atau
tidak solat, menutup aurat sah solatnya, tidak menutup aurat tetap juga sah
tetapi mendapat dosa.
Perlu juga diperincikan bahawa tidak menutup aurat yang
dimaksudkan dengan istilah Sunan adalah untuk jangka waktu yang singkat dan
bukan keseluruhan solat.
Mujtahid Mazhab Maliki, al-Haththabi rahimahullah (954H) dalam
kitabnya Mawahib al-Jalil fi Syarh Mukhtasar al-Syaikh Khalil (Dar al-Fikr,
(Jika) Imam jatuh penutup auratnya ketika rukuk lalu dia menarik
semula selepas mengangkat kepala (daripada posisi rukuk), berkata Ibn
al-Qasim daripada Musa: Tidak apa-apa ke atasnya (yakni solatnya tidak batal)
jika dia menarik semula. Akan tetapi jika dia tidak menarik semula maka perlu
diulangi solat dalam waktunya kerana pada asalnya menutup aurat adalah
daripada Sunan Solat.
Sekian al-Haththabi.
Ringkasnya yang dimaksudkan dengan Sunan Solat dan kaitannya
dengan menutup aurat adalah, jika aurat terdedah dan ia ditutup semula maka
solat tetap sah. Jika ia dibiarkan terdedah maka batal solat tersebut dan
perlu diulangi semula.
Demikian maksud sebenar istilah Sunan dan kaitannya dengan hukum
menutup aurat sebagai syarat sah solat bagi Mazhab Maliki. Ia bukanlah sunat
dan tidak boleh diterjemahkan sebagai sunat.
Kedua:
Asal perbincangan dan penghujahan Kori ialah berkenaan batas
aurat wanita. Saya hairan kenapa Kori hanya mengemukakan perenggan pertama
perbahasan Ibn Rusyd yang hanya merupakan “muqaddimah” dan mendiamkan
perenggan seterusnya yang merupakan hujah yang menutupi segala penyelewengan
beliau.
Berkata Ibn Rusyd di mukasurat seterusnya (Bidayah al-Mujtahid,
1/83), fasal ketiga:
Dan adapun masalah ketiga, ia adalah berkenaan batas aurat
wanita, maka kebanyakkan ilmuan berpendapat bahawa keseluruhan badannya
adalah aurat kecuali wajah dan tangan. Dan Abu Hanifah berpendapat kaki
bukanlah aurat. Dan Abu Bakar bin ‘Abd al-Rahman dan Ahmad (bin Hanbal)
berpendapat seluruhnya adalah aurat.
Sekian Ibn Rusyd.
Jadi sekalipun wujud perbezaan pendapat di kalangan fuqaha,
tiada sedikitpun ia mendekati hujah yang
==============
Kori:
Mujadid milinium ini, Syah Waliullah Ad-Dahlawi dalam Hujjatul
Al-Balighah pada halaman 688, jilid 2 berkata: "Menutup aurat ialah
anggota-anggota yang mendatangkan keaiban (terasa malu) dengan sebab ianya
terbuka di hadapan khalayak ramai dan ini diakui sah oleh semua manusia
bertamadun, dan ini membezakan manusia dengan haiwan. Inilah sebab syariat
mewajibkan menutup dua kemaluan (qubul dan dubur) dan anggota yang terdekat
dengan kedua-duanya."
Ulas HF:
Seandainya benar ia berasal dari al-Dahlawi, ia adalah pendapat
yang sangat dha’if. Sebabnya,
Pertama:
Malu atau tidak seseorang terhadap anggota tubuhnya adalah
sesuatu yang relatif.
Justeru bagaimana mungkin hukum aurat disandarkan kepada aib
atau tidak aib, tamadun atau tidak bertamadun padahal kesemua faktor ini
adalah sesuatu yang relatif bergantung kepada individu dan persekitarannya.
Yang benar aib atau tidak bergantung kepada pencipta manusia,
iaitu Allah ‘Azza wa Jalla. Hanya Allah yang berhak menetapkan batas aurat
manusia kerana Dialah yang Maha Mengetahui tentang urusan manusia.
Kedua:
Menutup aurat di sisi Islam bukanlah untuk menutup keaiban
tetapi adalah sebagai identiti Muslimah yang baik dan ditutup jalan-jalan
yang bakal mengganggu mereka.
Firman Allah yang membatalkan teori al-Dahlawi:
Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu
serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi
menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih
sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan
itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi
Maha Mengasihani. [al-Ahzab 33:59]
============
Kori:
Mari saya perjelaskan. Hasbi Asshiddki, ulama hadis Indonesia,
dalam
bukunya Koleksi hadis-hadis hukum, menjelaskan bahawa keempat-empat ulama - Syafie, Hambali, Hanafi dan Malik ada berbeza pendapat mengenai batas aurat, meskipun mereka setuju bahawa aurat wajib ditutup. Abu Hanifah membezakan dua jenis aurat - aurat mughalazah (berat)dan aurat mughafafah (ringan).
Jika kita mengambil petua Abu Hanifah, maka pada saya kita tidak
lagi keliru. Pertamanya, kita wajib menutup aurat tetapi batas-batasnya boleh
diperbincangkan.
Aurat dalam pengertian bahasa adalah sesuatu yang memalukan
apabila dibuka didepan khalayak.
Sama seperti Abu Hanifah, saya berpegang aurat yang wajib mutlak
ditutup hanyalah dua kemaluan utama, depan dan belakang dan pada perempuan
ditambah satu lagi, susu. Yang lain boleh disesuaikan dengan budaya dan adat
resam tempatan. Justeru, rambut boleh ditutup dan boleh dibuka.
Ulas HF:
Di atas adalah pendustaan ke atas nama Imam Abu Hanifah dan
Syaikh Hasbi as-Shiddiqi.
Kori
Padahal di dalam buku yang sama: Koleksi Hadis-hadis Hukum
(Yayasan Hasbi as-Shiddiqi, Jakarta 1987), jld. 2, ms 229-230, Hasbi
as-Shiddiqi telah menulis:
Abu Hanifah dalam suatu riwayat, asy-Shafi’i dalam suatu
riwayatnya, Malik, al-Hadi dan al-Qasim dalam salah satu pendapatnya,
menetapkan bahawa aurat perempuan adalah seluruh badannya selain muka dan
tangan. Menurut pendapat Abu Hanifah dalam suatu riwayat yang lain,
ats-Tsauri dan Abul Abbas, kaki dan tempat gelang bukan aurat.
Sekian Hasbi as-Shiddiqi.
Jelas kepada kita pendustaan Kori ke atas nama Abu Hanifah dan
Hasbi as-Shiddiqi.
Adapun pembahagian Mazhab Hanafi kepada aurat besar dan kecil,
ia hanyalah bagi membezakan aurat yang darurat dan bukan darurat. Yakni, Jika
seseorang itu hanya memiliki pakaian yang terhad setelah dikerah segala usaha
termampu, maka bahagian tubuh badan yang perlu diberi prioriti untuk ditutup
ialah aurat besar. Saya pasti semua orang faham hal ini.
Di sisi Mazhab Hanafi, aurat besar dan aurat kecil adalah dua
pembahagian yang sama-sama duduk di bawah kemutlakan hukum wajib. Jauh sekali
daripada penafsiran Kori bahawa aurat besar adalah wajib manakala aurat kecil
tidak wajib.
================
Sekian ulasan dan jawapan saya ke atas hujah-hujah utama Kori.
Jelas kepada kita permainan kotor yang beliau gunakan untuk menukar hukum
Allah dan menafsirkannya semula demi menepati citarasa berahinya.
Kori menambah di akhir postingnya:
Begitupun, saya bersedia untuk berbincang jika ia
masih menjadi kekusutan banyak di antara kita, dan mari kita mulakan berhujah - berdasarkan dalil akli, naqli ataupun dalil dari ulama muhaqiqin.
Ulas HF:
Kita sama-sama ketahui manhaj Kori dalam berbincang, beliau
sebut nama ulama’ terpilih bagi mengindahkan hujah, dan menukil kata-kata
terpilih bagi melengkapkan hujah.
Perkara lain yang perlu diberi perhatian ialah kata-kata Kori:
“…berdasarkan dalil akli, naqli ataupun dalil dari ulama muhaqiqin.”
Akli ialah dalil akal, naqli ialah dalil wahyu. Manhaj Salaf dan
sekaligus Ahl al-Sunnah wa al-Jamaah adalah mendahului naqal di atas akal
manakala Manhaj Muktazilah dan Neo Muktazilah ialah mendahului akal di atas
nakal. Kerana itu kita dapati Kori mengutamakan teori-teori akal di atas
kejelasan nas-nas wahyu al-Qur’an dan al-Sunnah.
Di sini, jika manhaj perbahasan sudah menyimpang maka pasti juga
rumusan perbahasan akan menyimpang juga. Atas manhaj ini Kori akan terus
menyimpangkan para netters berdasarkan teori-teorinya, oleh itu
berhati-hatilah !
Wasallam.
=========================
-----Original Message-----
From: kori ariff [mailto:koriariff@hotmail.com] Sent: Wednesday, May 07, 2003 4:57 PM To: idealis_mahasiswa@yahoogroups.com Subject: [Idealis Mahasiswa] Re: Dalil Rambut Wanita bukan Aurat
DALIL:
RAMBUT BUKAN AURAT
Rata-rata
ulama muktabar mengambil hukum aurat dan batasnya berdasarkan ayat dari Surah
Al-A'raf, ayat 26: Terjamah harafiahnya: " Wahai anak adam, sesungguhnya
kami turunkan atas kamu pakaian yang mentup kemaluan kamu dan pakaian menutup
seluruh tubuh dan pakaian takwa (sederhana) itu lebih baik," Selain itu,
ayat-ayat menyusul selepas itu juga dikatakan sumber hukum seperti ayat 31
"wahai anak Adam, pakailah perhiasan (Azzinah) kamu pada setiap kali ke
masjid"
Orang
awam biasanya mengambil `hukum' aurat dalam surah An-Nur ayat 30 dan 31 yang
ertinya kurang lebih meminta mukminah memakai jilbab. Iman Alalamah Rashid
Ridha, murid pintar Muhamad Abduh, menjelaskan bahawa ayat ini bukan
berbentuk hukum, tetapi sekadar kenyataan umum. Sama seperti ayat-ayat lain
seperti iqra' adakah hukum wajib setiap muslim membaca?. (Rujuk: Nidaa' lil
Jinsillatif oleh Rasyid Ridha).
Dalam
surah Al-Araf nampaknya begitu general sekali, tidak sepesifik. Tiga jenis
pakaian dikemukakan 1) pakaian menutup dua kemaluan 2) pakaian menutup seluruh
tubuh dan 3) pakaian sederhana.
Ibnu
Al-Arabi dalam Futuhat Makkiah, Jilid 1, muka surat 521 membahaskan menegani
aurat lelaki dan perempuan. Dalam batas aurat wanita, beliau berkata:
"Sebahagian
ulama menyatakan keseluruhan tubuh perempuan aurat kecuali muka dan dua tapak
tangan.
"
Imam
Ibni Rushdi dalam Bidayatul Majtahid, Jilid 1, muka
Bagi
aurat lelaki bagi Ibni Al-Arabi: " Dua kemaluan (kemaluan - didepan dan
belakang) adalah aurat hakiki iaitu anggota-anggota menusia yang dicaci,
dibenci dan dianggap buruk melihatnya. Dua kemaluan adalah haram dibuka.
Angota selain darinya iaitu dari pusat ke atas dan dari lutut ke bawahadalah
menepati shubahat yang sepatutnya berjaga-jaga, kerana menternak di sempadan
kawasan larangan itu hampir-hampir termasuk di dalamnya."
Mujadid
milinium ini, Syah Waliullah Ad-Dahlawi dalam Hujjatul Al-Balighah pada
halaman 688, jilid 2 berkata: "Menutup aurat ialah anggota-anggota yang
mendatangkan keaiban (terasa malu) dengan sebab ianya terbuka di hadapan
khalayak ramai dan ini diakui sah oleh semua manusia bertamadun, dan ini membezakan
manusia dengan haiwan. Inilah sebab syariat mewajibkan menutup dua kemaluan
(qubul dan dubur) dan anggota yang terdekat dengan kedua-duanya."
Saya
hanya memaparkan pendapat ulama muktabar.
Ini
juga bukan bermaksud untuk meminta semua wanita membuka rambutnya. Tidak
sekali-kali. Biarlah hukum dengan hukum, iaitu kita menerima hukum sebagai
hukum. Dengan demikian, kita juga tidak mudah untuk menuduh sesiapa yang
tidak bertudung melanggar hukum. Tidak juga bertudung untuk mempamerkan
keimanan, walaupun ia boleh membezakan di antara muslim dengan tidak muslim
di negara kita.
Apa
yang terjadi dalam masyarakat kita sekarang....dalam pengamatan saya yang
mungkin silap, adalah: wanita memakai tudung kerana hukum wajib memakai
tudung. Dengan demikian, anak-anak kecil diindoktrinate dari awal lagi dengan
hukum ini. Cikgu-cikgu diwajib bertudung. Nurse diwajib bertudung. Kakitangan
awam diwajib bertudung. Wanita selepas menunaikan haji wajib bertudung.
Malah, ada yang nak bertanding Ketua Wanita mempamerkan imej bertudung untuk
berlawan dengan Wanita tidak bertudung!.
Justeru,
tanggapan sama ada secara sedar atau tidak, wanita tidak bertudung seumpama
pendosa bakal penghuni neraka.
Pada
hemat saya, ok kita boleh bertudung ...atas dasar resam dan budaya, bukan
atas dasar syariat. Syariat seperti dijelaskan melalui dalil di atas, aurat
hanyalah dua kemaluan dan mungkin ditambah bahagian susu bagi wanita. Bukan
bermakna menutup dua kemaluan sudah selesai, seperti kata Ibni Arabi,
menternak di sempadan kawasan larangan juga hampir memasuki kawasan larangan.
Oleh
demikian, memakai pakaian sederhana dengan budaya kita, pada saya, lebih o.k.
Dalam dunia keidealan mahasiswa, pada saya pakaian sederha boleh begini:
memakai baju kurung atau jean dengan t-shirt (yang tentunya tidak terlalu
ketat dan sendat).
-----Original Message-----
From: kori ariff [mailto:koriariff@hotmail.com] Sent: Tuesday, April 29, 2003 9:55 AM To: idealis_mahasiswa@yahoogroups.com Subject: [Idealis Mahasiswa] RAMBUT WANITA BUKAN AURAT?
Salam
Perbincangan,
BANYAK
pihak tidak berani mencabar bahawa kenyataan rambut adalah aurat, sedangkan
perkara ini sudah dibincangkan oleh banyak ulama tersohor. Oleh sebab tidak
berani mencabar, kita tinggalkan ia menjadi tergantung dan mempercayai bahawa
ianya benar tetap benar.
Saya
bersama-sama dengan ulama tersohor yang menyatakan `Rambut Bukan Aurat'.
Maaf, jangan cepat menuduh saya kafir!
Mari
saya perjelaskan. Hasbi Asshiddki, ulama hadis Indonesia, dalam bukunya
Koleksi hadis-hadis hukum, menjelaskan bahawa keempat-empat ulama - Syafie,
Hambali, Hanafi dan Malik ada berbeza pendapat mengenai batas aurat, meskipun
mereka setuju bahawa aurat wajib ditutup. Abu Hanifah membezakan dua jenis
aurat - aurat mughalazah (berat)dan aurat mughafafah (ringan).
Jika
kita mengambil petua Abu Hanifah, maka pada saya kita tidak lagi keliru. Pertamanya, kita wajib menutup
aurat tetapi batas-batasnya boleh diperbincangkan.
Aurat
dalam pengertian bahasa adalah sesuatu yang memalukan apabila dibuka didepan
khalayak.
Sama
seperti Abu Hanifah, saya berpegang aurat yang wajib mutlak ditutup hanyalah
dua kemaluan utama, depan dan belakang dan pada perempuan ditambah satu lagi,
susu. Yang lain boleh disesuaikan dengan budaya dan adat resam tempatan.
Justeru, rambut boleh ditutup dan boleh dibuka. Pada saya, berlainan dengan
pendapat saudara lain, tidak usahlah berada menjadi pendosa bagi mereka yang
menutup aurat.
Saya
juga berpendapat, perkara ini sangat kecil dalam agama dan jika kita terus
berdebat, maka kita berkecimpung dalam mereka yang suka membicarakan perkara
remeh tameh. Begitupun, saya bersedia untuk berbincang jika ia masih menjadi
kekusutan banyak di antara kita, dan mari kita mulakan berhujah - berdasarkan
dalil akli, naqli ataupun dalil dari ulama muhaqiqin.
|
Senin, 20 Agustus 2012
Syubhat di dalam batas aurat wanita
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar